• “Skim insurans ini adalah bukti usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat termasuk yang tinggal di perumahan strata supaya mereka dapat hidup dengan selamat dan terjamin.”

KUALA LUMPUR (Nov 8): Kerajaan negeri Selangor telah mewujudkan Skim Insurans Pangsapuri Kos Rendah (SIPKR) bagi membantu badan pengurusan yang tidak mampu untuk membayar perlindungan konvensional untuk bangunan kediaman mereka.

Sejumlah RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk skim ini bagi memastikan pangsapuri-pangsapuri sebegini diinsuranskan dengan betul mengikut Seksyen 93 Akta Pengurusan Strata 2013 (757), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata.

Dengan SIPKR, kerajaan negeri akan membantu dalam tuntutan pampasan daripada pihak insurans (Takaful) bagi ganti rugi akibat kebakaran, ribut, angin kencang, limpahan tangki air dan juga kerosakan lif, ujar beliau menjawab soalan EdgeProp.my semasa sidang media Simposium Pengurusan Strata Kelas Pertama 2022 yang dianjurkan julung kali di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Muhd ​​Zul Fiqah Omar, yang turut berucap pada majlis anjuran MPKS itu, berkata kebanyakan skim perumahan sebegini tidak diinsuranskan.

“Selangor menawarkan dana kepada mereka yang memohon,” katanya, dan menyatakan bahawa skim itu adalah di bawah Program Penyayang Iltizam Selangor.

“Maklum balas amat menggalakkan dan mereka yang masih belum membuat permohonan boleh berbuat demikian di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Sementara itu, COB majlis masing-masing juga akan mengesyorkan hartanah kos rendah yang memerlukan insurans,” kata Zul Fiqah.

Ng menasihatkan pentadbiran dan pengurusan komuniti strata untuk memohon insurans itu.

“Skim insurans ini adalah bukti usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat termasuk yang tinggal di perumahan strata supaya mereka dapat hidup dengan selamat dan terjamin,” tambah Ng.

SHARE
RELATED POSTS
  1. COB harus lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah bangunan strata, terutamanya ketirisan – Ng Sze Han
  2. COB must be more proactive in solving strata building problems, especially leakage – Ng Sze Han
  3. Illegal factories urged to take advantage of incentives before deadline