• “Ejen kami akan benar-benar menikmati banyak faedah daripada EdgeProp, terutamanya platform untuk kami menyenaraikan hartanah dan juga alatan-alatan lain yang boleh berupaya memberikan 'kepintaran' tentang bagaimana dan di mana dan apa yang perlu ditumpukan."

KUALA LUMPUR (Nov 22): AFZ Realty Sdn Bhd sedang berusaha untuk meluaskan pendedahannya dalam pasaran hartanah Malaysia, dan dengan matlamat ini, agensi itu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan EdgeProp.

“Kami sedang berkembang dengan baik, tetapi kami rasa kami boleh melakukan lebih banyak lagi untuk meningkatkan pendedahan kami dalam pasaran hartanah tempatan,” kata pengasas dan pengarah urusan AFZ Realty, Afizan Mohktar.

“Dan di sinilah EdgeProp boleh membantu kami. Kami telah ketahui tentang sejauh mana keupayaan portal itu dan platform serta alatan yang ia ada. Itulah sebabnya kami telah memutuskan untuk bekerjasama dengan EdgeProp. Ia akan menjadi batu loncatan untuk meningkatkan ketampakan kami,” katanya.

Salah satu penerima manfaat utama dari kerjasama AFZ Realty-EdgeProp ini sudah tentu ejen-ejen hartanah dan perunding-perunding AFZ Realty.

“Ejen kami akan benar-benar menikmati banyak faedah daripada EdgeProp, terutamanya platform untuk kami menyenaraikan hartanah dan juga alatan-alatan lain yang boleh berupaya memberikan 'kepintaran' tentang bagaimana dan di mana dan apa yang perlu ditumpukan," kata Afizan.

Hasilnya, pelanggan-pelanggan AFZ Realty juga akan mendapat manfaat daripada keupayaan tersebut.

“Ia akan memudahkan pelanggan kami menjual atau membeli hartanah dengan platform yang disediakan oleh EdgeProp.”

Sementara itu, Afizan juga melihat EdgeProp sebagai alatan pembelajaran yang hebat untuk meningkatkan pengetahuan tentang pasaran hartanah tempatan. Sebagai sebuah syarikat bumiputera, Afizan mahu masyarakat lebih mahir dengan industri hartanah.

“Ia sebenarnya agak mencabar untuk mendidik segmen bumiputera tentang pasaran hartanah. Dan saya rasa EdgeProp boleh membantu kami dalam hal ini, kerana selain semua alatan dan platform yang sedia ada, ia juga mempunyai segmen berita dan editorial, yang mana pelanggan dan juga ejen kami boleh mempelajari tentang isu terkini dalam dunia hartanah,” jelas Afizan.

EdgeProp dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah menyiarkan berita Bahasa Inggerisnya dalam versi Bahasa Melayu, terutama berita yang memberi kesan kepada segmen bumiputera.

“Kami berhasrat untuk mempunyai hubungan jangka panjang dengan EdgeProp kerana kami percaya kami boleh menakluki industri hartanah Malaysia bersama-sama,” kata Afizan.

AFZ Realty berpusat di Seri Kembangan, Selangor, dan menawarkan perkhidmatan seperti agensi hartanah, penilaian hartanah dan pengurusan hartanah.

Ketua pembangunan perniagaan EdgeProp Nimalen Parimalam berkata portal itu baru-baru ini telah menghubungi lebih banyak syarikat hartanah bumiputera untuk membangunkan pasaran ini.

“AFZ Realty adalah syarikat yang penting dalam kalangan firma hartanah bumiputera dan kami amat gembira dapat memeterai kerjasama ini dengan syarikat ini,” katanya.

“EdgeProp menyedari matlamat kerajaan bukan sahaja memajukan dan meningkatkan pasaran hartanah tempatan, tetapi juga untuk meningkatkan penglibatan bumiputera di dalamnya, dan kami boleh melakukannya melalui alatan yang kami ada,” tambahnya.

SHARE
RELATED POSTS
  1. MHP 3 Residences redefines lifestyle urban living – affordably
  2. Raising Housing Tribunal’s claim limit to RM250,000 could undermine house buyers’ rights
  3. Federal Court dismisses MBPJ’s appeal on residents' boom gate operation